Artikal
Kutu telinga (Ear Mites) ,Kutu (Fur Mites) dan Kurap (Burrowing Mites.
Terdapat 3 jenis penyakit yang menjejaskan fizikal kesihatan arnab.Iaitu penyakit kutu telinga,kutu dan kurap sekiranya tindakan rawatan lambat akan menyebabkan bertambah teruk dan boleh penyebab kematian.Cara yang terbaik adalah mendapatkan rawatan di Veterinar dengan kaedah “skin scraping” untuk mendapatkan sampel dilihat mengunakan mikroskop mengesan kewujudan telur kutu dan pijat.Jika ujian tersebut negatif maka ujian biopsy adalah penyelesaian terbaik.
Sejenis parasit dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi yang mempunyai kitaran hidup selama 21 hari dan telurnya menetas selama 4 hari,inilah punca kurap berlaku.Kurap merebak dibahagian-bahagian lemah dan gatal.Apabila arnab mengaru kulit akan berlaku kesan luka dan kesan luka ini menjadi sumber makanan bagi perasit tersebut.
Sintom penyakit kurap
· Gatal telinga
· Mengoyang-goyang kepala dengan kerap tanpa henti
· Kupingan nipis berlaku ditelinga,jika tidak dirawat akan menjadi kerak yang keras yg boleh menjadi tebal seningga 2cm
Penyakit kurap ramai penternak mengambil mudah kerana beranggapan ini hanya penyakit luaran kulit sahaja.Kurap boleh membunuh pada arnab dalam jangka masa yang panjang jika tidak dirawat dengan cepat.Jika perasit ini merebak dibahagian-bahagian lemah arnab seperti hidung,perut akan menakibatkan kematian kerana perasit merebak dalam darah.
Kutu dan hama juga boleh menjangkiti penternak ini kerana disebabkan oleh perasit Cheyletiella Paracitoctorax dan Listrophorus Gibbus.
Cheyletiella Paracitoctorax
Dikenali juga “walking dandruff” kitaran hidupnya selama 5 minggu.Kutu Hama betina bertelur dan melekatkan telurnya dibulu arnab 3-4mm dari kulit.
Listrophorus gibbus(kutu babi)
Arnab yang seringkali dibiarkan bebas di halaman rumah atau padang amat mudah dijangkiti.Kutu ini bertelur di dalam tanah dan larvanya akan melekat pada badan arnab.Biasanya ia akan menghisap darah arnab sehingga 3 ke 4 kali ganda saiz kutu tersebut.Biasanya ia akan menghisap darah di telinga,tepi mata,bawah dagu dan celah-celah kaki.Kesan gigitan akan menyebabkan kegatalan dan jangkitan.
Rawatan
· Suntikan Ivermectin 3 kali dalam masa 14 hari mampu membunuh larva dari telur perasit menetas.
BURROWING MITE (KURAP)
Kurap sejenis penyakit yang berbahaya kerana parasit yang terdapat di dalam kurap ini boleh menjangkiti haiwan lain dan pemilik haiwan tersebut. Parasit ini boleh hidup sehingga 3minggu.Bagi kurap,parasit betina akan memasuki kulit untuk bertelur dan terus menetap di dalam sel kulit,manakal larvanya berada di permukaan kulit.
TANDA DIJANGKITI
Symptom kurap ini boleh dilihat pada mulut,hidung dan mungkin merebak ke kepala,leher dan badan.Arnab akan menggaru dengan kuat dan menyebabkan ianya merebak.Apabila ini berlaku,bulu akan gugur,kulit akan berair,berkerak bila kering.Situasi ini akan menyebabkan arnab lemah dan mati dalam beberapa minggu sahaja.
Rawatan: INVERMECTIN-dalam 2minggu diberi 3 suntikan.Asingkan arnab yang terkena jangkitan untuk mengelakkan kurap menjangkiti haiwan lain.bersihkan sangkar dengan antibiotic dan asingkan seberapa lama sebelum digunakan semula kerana parasit boleh bertahan selama 3minggu tanpa perumah.
NAJIS ARNAB
Terdapat 2 jenis najis iaitu :
Najis solid/ Fecal –coklat kehitaman,bulat kering dan kurang berbau.najis tidak tercerna,bulu,
Cecotropes/Cecal –coklat gelap,kecil,lembut dan berkilat serta terdapat mucus yang melindungi bacteria baik akan terurai apabila masuk ke system penghadaman,Cecal sedikit berbau kerana terdapat bakteriaa yang banyak.najis semulajadi yang biasanya dimakan oleh arnab.Mempunyai sejenis bacteria baik,memenuhi nutrient pemakanannya,membunuh kuman didalam usus.
CIrit Birit (diarrhea)
Air pekat,berwarna hijau pada peringkat awal dan bertukar menjadi kekuningan apabila kritikal.Berlaku pada arnab berusia kurang 8minggu kerana penukaran pemakanan dan cacing(Cacing gelang,cacing pita ) dan masalah usus
Rawatan
Bersihkan punggung arnab dan bahagian yang terkena najis,berikan arnab minum air dengan banyak untuk mengelakkan rehidrasi.Bawa segera kepada veterina